ISLAM
sekali-kali tidak membenarkan kepada si suami menggunakan kekerasan. Tidak ada
dalam satu riwayat pun yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menengking
isteri-isterinya, apatah lagi memukul mereka.
Bagaimanapun,
Islam telah menentukan langkah-langkah yang perlu diambil oleh si suami apabila
menghadapi isteri yang derhaka. Namun ia tidaklah sama dengan mengatasi suami
yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada isteri. Si isteri tidak boleh menghukum suaminya sekiranya suami tidak menunaikan haknya.
Islam
memberi hak kepada suami untuk menghukum isterinya kerana suami adalah pemimpin
dalam rumah tangga. Namun perlu diingat, hukuman itu bukan bertujuan menyeksa
isteri dan bukan menghina isteri.
Tindakan
itu hanyalah bertujuan untuk mendidik mereka dan menghindari dari berlakunya
kehancuran rumah tangga.
Allah
SWT menyebut dalam surah an-Nisa ayat 34 yang artinya:
“Lelaki (suami) itu pelindung
bagi perempuan (isteri) kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah
memberikan nafkah daripada hartanya. Maka perempuan-perempuan yang salihah,
adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak
ada, kerana Allah telah menjaga (isteri).
Maksud
menjaga isteri adalah Allah mewajibkan si suami menggauli isterinya dengan
baik. Pada sambungan ayat itu Allah telah menyebut langkah-langkah yang perlu
diambil oleh suami apabila isterinya derhaka adalah,
”“Perempuan-perempuan yang kamu bimbangkan akan nusyuz (derhaka), hendaklah
kamu memberi nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah
ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka.”
Justru,
perlu difahami baik-baik terutama bagi suami, langkah pertama yang perlu
diambil ialah mengingati dan
menasihati isteri dengan berhikmah atau bijaksana. Isteri yang
melakukan kesalahan jangan terus dimarahi dan dikasari tetapi hendaklah dinasihati
dengan baik supaya ia kembali menunaikan hak suaminya. Umumnya, isteri akan
kembali mentaati suaminya selepas dinasihati dengan lemah lembut dan berhikmah.
Tetapi
isteri yang tidak mengubah sikap dan kelakuan mereka dengan nasihat atau
teguran, bahkan menunjukkan kedegilan mereka dan bertambah buruk setelah
ditegur, maka wanita seperti ini hendaklah diluruskan dengan langkah yang
kedua. Caranya adalah dengan mengasingkan
diri seperti firman Allah SWT adalah: “Dan pisahkan
tempat tidur mereka”. Maksud mengasingkan tempat tidur adalah suami membelakangkan isterinya dan jangan berpaling
kepadanya. Ayat itu bukanlah menyuruh suami meninggalkan
isterinya keseorangan di tempat tidurnya atau suami meninggalkan rumahnya. Cara
ini mengandungi hikmah yang cukup tinggi.
Tetapi
sekiranya cara ini pun tidak berkesan, maka hendaklah mengambil langkah yang
lain adalah memukulnya seperti firman Allah SWT pada ayat yang sama: “dan
pukullah mereka.” Hukuman seperti ini tidak boleh dilakukan kecuali
setelah menggunakan cara yang pertama dan kedua. Walaupun ayat ini membenarkan
suami untuk memukul isteri tetapi dengan syarat. Syarat itu adalah jangan bertujuan untuk kekerasan
serta jangan menghina dan menyakitkan.
Dalam
menjalankan hukuman, hendaklah dilakukan
berdua-duaan suami isteri. Jangan dilakukan di hadapan kaum
kerabat ataupun lebih-lebih lagi orang luar. Bahkan tidak boleh sekali-kali
dilakukan di hadapan anak-anak kerana ia boleh memberi pengaruh yang tidak baik
kepada perkembangan jiwa anak-anak. Ada kemungkinan apabila dilakukan di
hadapan anak-anak, mereka akan membenci bapa atau ibu atau kedua-duanya. Begitu
juga si suami apabila telah menghukum isterinya, dilarang sama sekali menceritakan kepada
kawan-kawannya kerana ia boleh menjadikan si isteri berasa malu
dan perasaannya tersinggung. Kemungkinan si isteri tidak akan mengubah sikapnya
atau sikapnya mungkin akan menjadi lebih buruk.
Hukuman
itu hendaklah dijalankan secara berperingkat, sekiranya sudah ada tanda-tanda
yang menunjukkan hasil, hendaklah dihentikan dan tidak boleh mengenakan hukuman
yang lebih berat. Sekiranya si suami melakukan juga, maka si suami dikira
zalim. Pada penghujung ayat, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi
jika mereka (isteri-isteri) mentaatimu, maka janganlah kamu mencari alasan
untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
Wallahualam
Bishshowab
0 comments:
Posting Komentar
Terima kasih Anda telah mengunjungi blog saya